Sunday, July 19, 2009

....Kosmo Ahad 11 January 2009....


salam semua....hari ni nak buat N3 tentang alam damai julia yg pnah masuk paper kosmo bulan jan lepas...sebenarnya ju saje suka2 hantar gambar halaman kat paper ni..tujuan asal nak bagi cik abg hepi skit la tgk laman yg dia sayang ni masuk paper...konon2 cam nak bagi semangat supaya dia lagi tambah2 suke nak hias laman....


tapi bila reporter kosmo dtg,x sangka la dia snap smpi dlm umah...adeiiii...dah la masa ni baru lagi nak inject english deco kat umah...so brg2 pun x bape nak banyak...hentam je la ye..


wokeh semua.....layan dulu keratan paper Kosmo Ahad 11 January 2009...nnt kita jumpa lagi....daaaaaaaaaa....






ALAM DAMAI

Antara klasik Inggeris dan jati


Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN



Tema klasik Inggeris direalisasikan dengan cermat melalui pelekat motif bunga ros.





SINGGAH di Nilai 3, Negeri Sembilan boleh dikatakan sudah menjadi acara wajib sebulan sekali bagi Norjuliana Othman, 35. Dia gemar mencari dan meninjau perabot atau barang perhiasan di sana.
Walaupun begitu kerap berkunjung ke kedai perabot, laman WanitaMelayu.com yang menemukan 'jodoh' Norjuliana dengan tema klasik Inggeris yang semakin mendominasi kediamannya di Alam Damai, Cheras





INGATAN Norazmi supaya Norjuliana tidak menghias kediaman mereka terlalu sarat membuatkan rumah teres ini tampak selesa.


"Sebelum ini kami pakai perabot jati dan kayu. Tapi sekarang kami nak cuba tema klasik Inggeris.
"Saya sukakan bunga, jadi apabila terjumpa komuniti dalam talian yang menghias rumah mereka dengan tema ini, saya terdorong untuk mencubanya," kongsi anak kelahiran Terengganu ini.
Laman interaktif dalam bentuk forum itu, kata Norjuliana, turut memaparkan gambar rekaan dalaman rumah masing-masing, selain perkongsian maklumat tentang tempat perabot-perabot dibeli dan lokasi terbaik yang boleh dituju.


SELAIN menjadi tempat anak-anak bermain, teman-teman yang datang berkunjung juga boleh mengambil angin di sini.




No comments:

Post a Comment