Sunday, July 19, 2009

...sambung kat sini lak ye.....sile sile....





Tema itu bagaimanapun melibatkan kos yang tinggi.
"Jadi kami buat peringkat demi peringkat. Kami pun sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos," katanya yang menambah laman itu turut membolehkan ahli-ahlinya saling berkongsi tentang cara alternatif untuk mengurangkan kos bagi pengubahsuaian.
Antaranya termasuklah menggunakan pelekat decal yang mempunyai motif bunga ros merah dan putih yang amat sinonim dengan tema pilihan.




DARIPADA membiarkan laman yang luas ini kosong, Norjuliana berpendapat wakaf ini dapat menyuntik kelainan



Membelek dari dekat, penulis mendapati pelekat berkenaan sukar untuk dikesan sebagai bahan tampalan kerana ia tidak menggunakan material licin dan berkilat yang lazim.
"Tetapi kalau sudah namanya pelekat, tak mustahil ia boleh tertanggal semula kelak," ujarnya yang menjelaskan kos pelekat berkenaan bermula serendah 50 sen hingga berpuluh ringgit sahaja.
Tidak lupa ingatan suami, Norazmi Zam Zam, 42, yang tidak mahu rumah terlalu sarat dengan tema berbunga itu, Norjuliana berkata langkah sedikit demi sedikit yang diambil dilihatnya mendapat 'restu' suami.
"Semua hiasan di dalam rumah ini saya buat sendiri. Selepas buat satu, saya sangkut atau letak di mana-mana sudut. Jadi tidaklah berlaku mendadak. Mungkin sebab itu dia tak terkejut atau bantah apa yang saya buat," kata Norjuliana.




PERHIASAN buluh dalam pasu yang ringkas dan kemas.




ELEMEN kayu terutama jenis jati membuatkan ruang tamu ini kelihatan lebih eksklusif.



kesemua perhiasan yang dapat dilihat di dalam rumah ini dihasilkan sendiri oleh tuan rumah.


Mendedahkan mereka berdua bekerja di dua bank berasingan, kedua-duanya mempunyai banyak masa lapang bersama.
"Jadi banyak yang kami boleh buat sendiri bersama. Dinding rumah pun suami saya yang cat," tambahnya lagi.
Meneliti dinding yang disapu cat berwarna hijau dan kuning, serta perhiasan yang digantung pada dinding, ternyata kedua-duanya memiliki kreativiti seni yang tinggi tatkala dapat menunjukkan kerja tangan yang teliti.
Malah mengecat perabot kayunya serba putih boleh dikatakan sebagai satu langkah berani memandangkan tindakan itu mungkin tidak dapat mengembalikan karakter asli kayu tersebut.
Tema klasik Inggeris dan jati ini tidak menuntut perhatian yang banyak. Kata Norjuliana, ia cukup sekadar mengelap perabot-perabot sekali dalam seminggu.
Rumah teres dua tingkat yang memuatkan empat bilik tidur ini turut menghamparkan laman yang menarik. Mendirikan sebuah wakaf dan pergola di depan rumah, lantai laman dipenuhi dengan rumput permaidani yang dijaga rapi.
"Wakaf ini kami dirikan memikirkan untuk memaksimumkan penggunaan laman depan. Apabila melihat laman jiran-jiran yang dibiarkan kosong, kami memikirkan betapa ruginya jika kami melakukan perkara yang sama.
"Dengan adanya wakaf ini, teman-teman dan saudara-mara tidak lagi merokok di dalam rumah. Anak-anak kalau nak bermain pun bermain di luar saja," kata Norjuliana.


No comments:

Post a Comment